Saturday, August 16, 2008

KEMALANGAN DASYAT DI TAIPING


Gambar Menarik

Nahas Lebuhraya Utara Selatan 13 OgosTAIPING 13 Ogos – Seramai 20 orang maut, lapan cedera parah manakala seorang cedera ringan apabila bas ekspres berusia 20 tahun yang mereka naiki terhumban ke parit sedalam lima meter di Kilometer 229.1 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Bukit Gantang di sini, awal pagi ini.

Dalam kejadian pukul 4.28 pagi yang disifatkan sebagai nahas jalan raya terburuk itu, 19 mangsa termasuk 13 lelaki dan sepasang suami isteri berasal dari Indonesia mati di tempat kejadian manakala seorang lagi yang cedera parah, meninggal dunia di Hospital Taiping (HT) pukul 5 petang ini.

Bas membawa 29 penumpang itu dalam perjalanan dari Melaka menuju ke Butterworth, Pulau Pinang.

Nahas Lebuhraya Utara Selatan 13 Ogos 2007Kemalangan di Kilometer 229.1 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Bukit Gantang di sini awal pagi ini bukan sahaja ngeri tetapi cukup memilukan apabila seorang kanak-kanak lelaki ditemui terselamat dalam dakapan ibunya yang telah meninggalkan dunia.

Ia menggambarkan bahawa kasih seorang ibu telah berjaya menyelamatkan kanak-kanak berusia tiga tahun itu daripada turut menjadi mangsa kemalangan yang menyebabkan 20 penumpang sebuah bas ekspres terbunuh itu.

Dalam kejadian pukul 4.28 pagi itu, kanak-kanak yang belum dikenal pasti identitinya ditemui oleh pasukan penyelamat dalam dakapan erat ibunya walaupun ibunya itu sudah meninggal dunia.// Utusan 14 Ogos 2007